Tips Untuk Kek Tahan Lama

Untuk makluman semua, semua jenis kek lapis di Kek Lapis Hazar tidak menggunakan bahan pengawet. Kelaziman kek, jika dibiarkan di luar pada suhu dalam rumah, kek akan mula mengeluarkan kulat setelah dibiarkan selama 3-4 hari. Jadi untuk memastikan kek yang dibeli boleh tahan lama, saya cadangkan agar anda menyimpan kek tersebut di dalam peti sejuk(bahagian chiller ). InsyaAllah kek boleh bertahan sehingga 2 -3 bulan lamanya. Pastikan sebelum anda sajikan kek anda, hendaklah dahulu dikeluarkan dari peti sejuk dan dibiarkan diluar pada suhu dalam rumah selama setengah jam. Selepas setengah jam kemudian boleh terus disajikan kepada keluarga, sanak saudara serta teman2 anda.