Cara Potong Kek Untuk Hidangan

Kali ini saya ingin berkongsi dengan semua pelanggan Kek Lapis Hazar tentang cara memotong kek lapis agar kek kelihatan menarik untuk hidangan tetamu pada bila-bila masa.
Mula-mula, potongkan kek seperti gambar di bawah, kek hendaklah dipotong kepada 3 bahagian terlebih dahulu




Memang ramai yang menghidangkan terus kek ke dalam pinggan/bekas dengan saiz potongan seperti di atas. Ianya bukan sahaja kurang menarik, tetapi memerlukan bekas yang besar untuk dihidangkan. Bila dipotong terlalu besar, ia akan jadi pembaziran. Untuk kelihatan lebih menarik, potongkan kek tadi kepada 3 bahagian kecil seperti gambar di bawah..


Potongan kecil menjadikan kek anda kelihatan comel dan menarik apabila diletakkan ke dalam bekas kuih kegemaran anda. Selain itu, anda juga boleh mencuba bentuk potongan yang lain contohnya segitiga ataupun potongan serong.

Selamat mencuba...